RUMAH WAKAF ALUMNI UMT– Seruan Kasih buat Alumni Budiman
 
Pusat Alumni, Universiti Malaysia Terengganu berhasrat untuk menubuhkan Rumah Wakaf Alumni sebagai pusat sehenti yang kondusif untuk bakal alumni dan alumni UMT dalam meningkatkan keterlihatan alumni dan bakal alumni di lokasi strategik berhampiran kampus UMT.
 
Kami menyeru seluruh warga Alumni UPMT/KUT/KUSTEM/UMT untuk bersama-sama menyumbang ke arah merealisasikan impian ini melalui sumbangan Rumah Wakaf Alumni. Setiap sumbangan anda, membawa harapan besar buat generasi alumni/bakal alumni akan datang.
 
Sumbangan boleh dibuat pada link google form berikut : https://forms.gle/2GdDbhejQmR4ZAuA9
 
“Jaringan Alumni UMT, Bingkas Menyumbang, Menggagah Aspirasi”