PUSAT ALUMNI

Universiti Malaysia Terengganu

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera diucapkan kepada Alumni dan bakal Alumni Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Saya bersyukur ke hadrat Ilalhi dengan penghormatan dan amanah yang diberikan oleh UMT untuk menakhodai Pusat Alumni UMT (PA UMT) serta peluang untuk memberikan kata-kata aluan dalam laman sesawang berfokus ini.

UMT yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Perikanan dan Sains samudera (PPS), Universiti Pertanian Malaysia Terengganu (UPMT), Kolej Universiti Terengganu (KUT), Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) telah menzahirkan  ramai alumni yang tersohor dalam badan-badan kerajaan, swasta dan industri. Saya yakin, ketinggian ilmu akademik, nilai lahiriah dan batiniah tinggi yang disemai di UMT, adalah kriteria-kriteria unggul alumni dalam menghadapi realiti kehidupan dalam aspek ilmu, sains teknologi, sosial, budaya, dan politik yang saling berkait.

Seterusnya, selain penggunaan media sosial (MedSos) pada era ini sebagai perantaraan komunikasi, pembinaan laman sesawang ini turut menjadi salah satu platform alumni dan bakal alumni untuk perkongsian maklumat, interaksi, kepelbagaian aplikasi mesra alumni, dan pengiklanan produk-produk alumni. Oleh itu saya berharap agar platform ini akan sentiasa digunapakai bagi meningkatkan semangat kekitaan (sense of belonging) alumni samaada di dalam negara dan luar negara amnya.

Justeru itu, PA UMT akan sentiasa menyampaikan berita-berita perkembangan terkini dan kejayaan-kejayaan UMT kepada komuniti alumni. Oleh itu, saya mengharapkan jasa baik para alumni sekalian untuk membantu PA UMT mengemaskini maklumat anda di e-Alumni (https://alumni.umt.edu.my/signin.htm) agar perkara ini dapat direalisasikan dan seterusnya membuktikan bahawa UMT mempunyai maklumat alumni yang kukuh dan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa. Melalui data-data yang diperolehi, interaksi berkesan dan berterusan diantara UMT dan Alumni UMT akan dapat ditingkatkan.

Seterusnya, saya berharap agar komuniti alumni UMT dapat menyumbang bakti kepada UMT dan menjadikannya sebagai platform perkongsian ilmu, pengalaman dan kemahiran selepas bergraduat agar sesuatu yang bermanafaat itu dapat dikongsi bersama para mahasiswa/mahasiswi UMT yang merupakan bakal alumni. Kami sentiasa membuka pintu kepada alumni untuk memainkan peranan lebih aktif dalam pembangunan modal insan mahasiswa/mahasiswi dalam usaha kita bersama-sama membawa kecemerlangan akademik dan sahsiah kepada mahasiswa/mahasiswi yang akan menjadi tunjang masa hadapan Negara tercinta ini.

Pusat Alumni UMT dengan kerjasama yang erat dari Persatuan Alumni UMT dan Penyelaras Alumni Fakulti akan sentiasa merencanakan pelbagai program yang melibatkan alumni dan bakal alumni agar semangat kebersamaan dan kecintaan kepada UMT dapat dilestarikan. Semangat ini akan menimbulkan perasaan rindu untuk kembali ke kampus setelah bergraduat dan tentunya jalinan ukhwah yang padu dengan UMT dapat dikekalkan sepanjang masa.

Saya dengan sukacita dan berbesar hati menjemput alumni bersama-sama memberi komitmen yang berterusan, menyumbang, mengembleng tenaga untuk membina kekuatan memartabatkan UMT sebagai sebuah universiti berfokus kelautan terunggul dalam negara dan disegani diperingkat global.

Semoga budaya menyumbang dan berbakti kepada UMT khususnya dan masyarakat amnya akan dapat diteruskan dan saya berdoa semoga kegemilangan UMT terus berkekalan dengan sokongan padu para alumni sekalian.

Sekian, wasallam.

“ALUMNI UMT TERSOHOR”

Prof. Madya Dr. Yusof Shuaib bin Ibrahim

Pengarah Pusat Alumni UMT