Majlis Anugerah Ikon Alumni Universiti Malaysia Terengganu 2021 (MAIKA’21)
Hasrat utama program Majlis Anugerah Ikon Alumni ini adalah bertujuan untuk menghimpunkan para alumni dari zaman UPMT, KUT, KUSTEM dan UMT untuk penganugerahan kepada alumni. Ini adalah selaras dengan pelan tindakan yang terkandung di dalam Teras : Iaitu Pembangunan Pelajar dalam Pelan Strategik UMT 2023-2027 bagi penglibatan alumni dengan program universiti. Program ini berkonsepkan santai mesra dengan bertemakan i Love UMT untuk memberi ruang kepada Alumni yang hadir beramah mesra dengan warga dan rakan Alumni dengan sifat kasih sayang kepada UMT.