Penyelaras Alumni Fakulti UMT ditubuhkan untuk beberapa perkara berikut :-
- Menyelaras program kepada bakal alumni dengan Alumni di setiap fakulti masing-masing melibatkan penyertaan alumni matang.
- Menghubungkan bakal alumni dengan alumni matang dalam setiap program mentor-mentee.
- Mengemaskini data alumni matang yang telah berkerjaya melalui akses kepada sistem e-Alumni.
- Memohon peruntukan kewangan melalui Pusat Alumni bagi program alumni (pelajar dengan alumni matang). Kertas kerja tersebut hendaklah dihantar kepada Pusat Alumni.
- Setiap penyelaras perlu mengadakan sekurang-kurangnya 1 program melibatkan bakal alumni dengan alumni matang sama ada program bersemuka atau online.
- Secara ringkasnya, penyelaras alumni berperanan sebagai perantara atau penghubung bagi hebahan aktviti atau program anjuran Pusat Alumni serta carian maklumat alumni dari fakulti masing-masing.