Alumni Talk yang bertajuk “Opportunities and Challenges As An Entreprenuer” sempena KPTN telah disampaikan oleh En. Mohd Khairul Hakimi bin Mohd Nawi, Pengurus Cawangan Mofaz Exotic Car Sdn Bhd merangkap Presiden Persatuan Alumni yang telah diadakan pada 25 Mac 2018 jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi bertempat di Tapak Pameran Karnival KPTN 2018. Seramai lebih kurang 50 orang pelajar tahun akhir telah hadir bagi mengikuti ceramah yang telah disampaikan oleh beliau.
Pusat Alumni UMT dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian En. Khairul Hakimi meluangkan masa menghadirkan diri ke program ini untuk menyampaikan ceramah tersebut.
