Pelancaran Kelab SEA PATRIOTS UMT hasil kerjasama strategik dari Pusat Alumni UMT, Persatuan Alumni UMT, Makmal Berpusat UMT, MALTRAC dan Teraju Tri Tech Sdn Bhd telah dilancarkan sempena program World Ocean Week 2018 (WOW) dan majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato Asmawi bin Nordin, Ahli Lembaga Pengarah Universiti yang juga merupakan Penasihat Alumni UMT. Kelab ini ditubuhkan setelah melalui mesyuarat jawatankuasa sebagai satu inisiatif memberi pendedahan berkenaaan isu antarabangsa iaitu IUU FISHING (Illegal, unreported and unregulated fishing) di perairan negara.
‘Awareness Education’ mengenai program ini diterjemah perlantikan ahli SEA PATRIOTS dari pelajar UMT di bawah kendalian Prof. Madya Dr. Mohamad Rosni bin Othman, Pengarah MALTRAC dan keahlian ini ini juga akan dibuka secara meluas kpd ahli-ahli baru sebagai keutamaan kepada warga UMT yg lain dari semasa ke semasa.
SEA PATRIOTS program boleh dicapai melalui APPS yang akan dibina sedikit masa lagi oleh pihak Teraju Tri Tech secara percuma untuk Persatuan Alumni khususnya dan UMT amnya melalui capaian yg akan dinamakan dalam store Apps iaitu Alumntni.
Manakala program pelancaran sistem pengawasan bot UMT juga telah dilancarkan pada hari yang sama, dua buah bot iaitu Kapal RV Discovery dan juga Discovery 7 telah dipasang peralatan terbabit dan akan diuji pengawasan dan direkod data. Sistem ini dipasang secara percuma untuk tempoh selama 6-12 bulan oleh pihak Teraju Tri-Tech dan akan dipantau oleh MALTRAC UMT.
