Y.Bhg Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman bin Abdul Razak Shaik, Ketua Pengarah Maktab Kerjasama Malaysia merupakan bekas pelajar Bachelor Sains Perikanan & Sains Samudera, Universiti Pertanian Malaysia Kampus Terengganu yang bergraduat pada tahun 1988.
Sepanjang pengajian beliau di sini, beliau pernah memegang beberapa jawatan tertinggi antaranya ialah Presiden, Kelab Perikanan dan Samudera, Pusat Sains Samudera, UPM Cawangan Terengganu bagi sesi 1985- 1986. Beliau juga pernah memegang jawatan Yang DiPertua, Persatuan Fakulti Sains Perikanan dan Samudera ( FIMAS), Sesi 1985 – 1987 ( dua sesi berturut).
Pusat Alumni, Pejabat HEPA UMT secara rasminya telah tertubuh pada 1 Januari 2018 yang lalu dan peranan utama Pusat Alumni adalah memainkan peranan mengukuhkan jalinan kerjasama dengan syarikat-syarikat yang ada alumni UMT. Kerjasama ini dalam bentuk penawaran tempat latihan industri kepada pelajar UMT, menawarkan peluang kerja kepada alumni UMT dan juga menghulurkan sumbangan kewangan dan kembali menyumbang kepakaran, idea, kewangan dan kasih sayang kepada tempat belajar mereka. Sumbangan alumni boleh diperluaskan lagi untuk endowmen, wakaf dan sebagainya.
Universiti Malaysia Terengganu melalui Pusat Alumni dalam proses menjejaki semua alumninya terutamanya yang belajar semasa UPMT dan KUT, Kampus Mengabang Telipot, Kuala Terengganu. Berdasarkan kepada profail dan rekod yang diperolehi bahawa Y.Bhg Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman bin Abdul Razak Shaik, Ketua Pengarah Maktab Kerjasama Malaysia adalah merupakan alumni UMT.
Sehubungan dengan itu, majlis dengan hormatnya menjemput Y.bhg. Prof. Madya Dr. Che Mohd Ruzaidi bin Ghazali Timbalan Naib Canselor HEPA menyampaikan cenderahati kepada Ketua Pengarah sebagai gimik simbolik sebagai Rakan Jaringan Alumni UMT- industri.
